Thursday, 31 March 2016

Pantai Tok Jembal

Sepanjang menuntut ilmu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), pantai adalah menjadi tumpuan utama bagi saya dan rakan- rakan malah saya rasa semua mahasiswa dan mahasiswi dari UniSZA dan juga UMT turut menjadikan pantai untuk 'port melepak' setelah seharian berpenat lelah menuntut ilmu. Pantai yang sering kami kunjungi ialah Pantai Tok Jembal berikutan pantai tersebut berhampiran dengan UniSZA dan terletak di belakang UMT. Tempoh waktu untuk sampai ke pantai tersebut hanyalah 15 minit sahaja dengan menaiki motor dan boleh jugak berbasikal mahupun berjalan kaki dari Universiti masing-masing. Dengan berjalan kaki, boleh jugak dianggap seperti berjogging sambil melihat suasana sekeliling di situ tetapi hanya mampu dan tidak mampu sahaja. hehehehe... Bagi saya, elok berjalan kaki di waktu pagi, kerana keadaan jalan raya yang kurang kenderaan pada ketika itu tidak dan tidak berbahaya ketika hendak ke sana. 


Selepas penat berjalan dari UniSZA ke Pantai Tok Jembal


Selain daripada melihat keindahan pemandangan di pantai Tok Jembal dan mendengar deruan ombak, anda juga dibenarkan untuk mandi di situ.Tetapi tidak boleh sampai ketengah. Bahaya!!! ada kawasan yang dibenarkan untuk sesiapa yang ingin mandi di situ .Suasana petang di situ sungguh meriah dan sentiasa dipenuhi dengan ramai orang termasuklah dari golongan kanak-kanak, remaja seperti kami sudah semestinya, hehehe orang tempatan sehinggalah orang-orang dewasa. di situ bermacam aktiviti boleh di lakukan berikutan kawasan di situ sangat luas. Gerai-gerai kecil pon ada disitu yang menjual sate ikan, keropok goreng dan bermacam lagi. 



Pantai Tok Jembal bukan hanya ada pada pantainya sahaja, tetapi di situ ada satu Warung mee kari Samudera yang cukup menjadi tempat istimewa bagi saya dan rakan-rakan. Bagi saya, di warung ini, menjadikan hubungan kami lebih rapat sambil bercerita bermacam macam perkara selain dapat menikmati kesedapan mee kari disini sambil ditemani dan merasai tiupan angin pantai. Cewaaahh Selain daripada mee kari, warung tersebut turut menjual rojak ayam, laksa, ABC, pisang goreng dan lain-lain. Uishhh sedapnya!!! Harga yang diberi sangat berpatutan dan sesuai dengan ekonomi pelajar yang datang berkunjung ke situ seperti kami.


Gambar Kenangan di Warung Mee Kari Samudera


Banyak makanan yang sedap sedap kat negeri Terengganu ni. Rugi tak cuba!!!!

"Kerjasama"

Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama? Kerjasama adalah sikap saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Jika adanya semangat sentiasa bekerjasama, maka pekerjaan yang dirasakan berat akan menjadi ringan. Seperti kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kerjasama dalam kehidupan sangatlah penting peranannya. Hal ini kerana, manusia adalah makhluk yang sentiasa memerlukan di antara satu sama lain yang membawa kepada manusia tidak betah untuk hidup sendirian.

Selain itu, setiap manusia di muka bumi ini mempunyai kekurangan dan kelebihan. Kelebihan yang kita miliki dapat digunakan untuk membantu orang lain, sebaliknya, kekurangan yang kita miliki dapat kita kurangkan dengan meminta bantuan orang lain.



Di bawah ini, saya ada menyediakan sebuah video yang sangat sesuai di tonton oleh semua orang. Video yang membawa mesej sebenar kepada kita semua.  Di mana sikap suka bantu-membantu ini, tidak semestinya dibalas dengan wang ringgit, cukup hanya mendatangkan kesenangan kepada orang lain dan si pelakunya.



“DAPO PATA” Uptown Hipster Terengganu

                                                               Assalamualaikum :)

                                     
                               
Dapo pata? Kalau orang Terengganu mesti expert kan nak sebut haha .Bahasa senang nak faham, dapo pata ni ialah dapur pantai. Bagi yang belum mengetahui Dapo Pata  atau Uptown Kontena ini 
bertempat berhampiran dengan UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan UMT (Universiti 
Malaysia Terengganu) atau lebih spesifiknya di kawasan pesisiran lagun Kampung Pantai, Tok 
Jembal, Gong Badak, Terengganu. Waktu beroperasinya bermula jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari.

Apa yang menarik?
Kalau yang biasa pergi uptown tu pasti merasai pengalaman sesak nafas, panas, berlaga bahu dan 
banyak lagi kan, tapi dekat Dapo Pata ni jangan risau sebab lokasinya di tepi pantai yang sangat 
nyaman dan sejuk bayu laut gituu..Berkonsepkan santai, ianya menjadi tumpuan kepada pengunjung 
tanpa mengira peringkat usia. Walaupun baru dibuka pada 12 Februari lalu sambutan pengunjung 
yang begitu menggalakan dan begitu memeranjatkan pengusahanya.


Ni baru fasa 1 !!
Tak kira siang atau malam pasti korang akan teruja dengan suasana uptown yang unik ni. Kenapa 
unik? Haa sebabnya dengan 1.6 hektar kawasan baru digunakan untuk fasa pertama ini menempatkan 22biji kontena bersaiz enam meter dan hanya menyediakan makanan dan minuman. Memandangkan Uptown Kontena Dapo Pata ini baru lagi dibuka, so, jangan expect semua yang terdapat dekat sana 
sudah perfect okey. Bila sampai dekat sana, macam kagum jugak dengan usaha-usaha diorang mewujudkan tempat makan hispter yang bagi aku lain daripada
 yang lain ini. Konsep makan terbuka dan tempat penyediaan makan je dalam kontena. Bukan korang pun turut makan dalam kontena sekali ye. Dan setiap kedai dekat sana mengamalkan konsep 
layan diri.

Pelbagai Pilihan Makanan di Uptown Kontena
Kalau korang nak datang ke sini, make sure bawa cash siap-siap dan bawa banyak sikit okey. Confirm nanti korang nak rasa segala makanan yang ada kan. 
Makan satu jenis makanan je mana cukup sebab portion pun comel-comel je semua but harga masih berpatutan lah. Kata nak support local product kan? Hehe

Antara makanan yang dijual di sana ialah churros, waffle, nasi lemak, sizzling, nugget & fries, 
lempeng, takoyaki, meatball, popia goreng, soto, nasi air etc ,waffle, kebab dan coffee. Makanan 
dekat sana sedap ke tak? Boleh bagi rate 3/5 untuk setiap makanan dekat sana. Tapi ada jugak yang 
rate 4/5 macam Churros dia best. Paling win, dia punya dekorasi kedai untuk setiap kontena yang 
berkonsep hipster itu. Rasanya semua pengunjung dekat sana suka lah. Boleh nampak la masing-masing sibuk duk bergarmbar dan selfie lagi daripada menikmati makanan. Boleh bagi 5 bintang la
 untuk dekorasi kedai diorang. Lagi-lagi bila waktu malam. Diorang pasang lampu kan. Cantik sangat .


Info Lanjut Mengenai Uptown Kontena
· Toilet Disediakan.
· Surau juga Disediakan (tapi belum siap sepenuhnya).
· Make sure parking dekat tempat yang selamat okey. Sebabnya ada jugak kereta kereta
   pengunjung stuck dalam pasir. 
· Still banyak kontena yang belum beroperasi. Maybe bila semua sekali beroperasi, lagi banyak
   pilihan makanan dekat sana kot! Wah tak sabarnya!! Harap-harap lepas ni ada western food
   dan makanan panas pulak ke haha.


Korang yang datang melancong di Terengganu, jangan lupa singgahlah juga di Uptown Kontena 
okey! Untuk mengikuti perkembangan aktiviti, makanan yang dijual atau apa-apa
saja mengenai Uptown Kontena, korang boleh follow laman sosial diorang. Khabarnya diorang 
sedang mencari mereka yang mempunyai bakat dalam street performer, musician, pelukis, pemain
api, pemain ular, magician, balloon artist dan banyak lagi.. Pergi la cuba nasib kalau anda berbakat!

Facebook :
Instagram :

Makanan Tradisional di Kelantan..

Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang berbeza.. walaupun berbeza adat, makanan dan cara percakapan tetapi setiap etnik saling menghormati adat antara satu sama lain..
(^_^) Hari ini saya akan menceritakan tentang makanan tradisional Kelantan yang sememangnya sangat enak dan menjadi makanan kegemaran sesetengah orang..



Nasi Kerabu




Nasi Kerabu merupakan yang sangat ikonik dengan negeri Kelantan. Nasi ulam yang pelbagai gaya dan warna boleh didapati di Kelantan.. Nasi kerabu ini mudah untuk didapati dimana-mana kerana ia telah di majukan oleh kebanyakan orang-orang kelantan.. Selain nasinya, kesedapan nasi kerabu sangat dipengaruhi oleh sambal tumisnya dan jenis budu yang digunkan. Ada juga yang 'add on' lauk untuk nasi kerabu seperti ayam bakar, ayam goreng, daging bakar, solok lada, keropok goreng ikan dan sebagainya..


Ketupat Sotong




Ketupat Sotong bukanlah ketupat yang sellau dimakan pada hari raya, tetapi Ketupat Sotong ini merupakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan Gula Melaka dan bahan-bahan yang lain.. Rasanya sangat-sangat la enak.


Nasi Tumpang


NAsi Tumpang istimewa dari Kelantan. Ia merupakan gabungan nasi bersama lauk yang diletakkan di dalam daun pisang dan digulung menjadi bentuk Kon. lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain mengikut cita rasa pembuatnya. kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselang-seli dengan pelbagai lauk.


Di sini saya sertakan link yang tersenarai gerai makan dan lokasi untuk memudahkan anda semua mencari makanan yang enak-enak di kelantan..

http://saji.my/kedai-makan-kelantan-sedap/

Ladang Madu kelulut Ori dukun jaya di Alor Janggus, Kedah.


25 Mac 2016, saya telah pergi melawat ke Ladang Madu Kelulut  yang terletak di Alor Janggus, Kedah.  Ladang  madu kelulut oriadalah pemilik usahawan muda yang berbangsa cina iaitu Encik Chuan Kok Thian dan berumur 30 tahun. Beliau mendapat idea untuk membuka Ladang Kelulut ini disebabkan faktor minat yang mendalam dalam pertenakan lebah dan jugak kesedaran orang ramai tentang khasiat madu kelulut ini sendiri. Oleh itu pemuda ini bertekad untuk membuka Ladang Madu kelulut ini pada 24 Julai 2014 di Kampung Lalang Alor Janggus, Kedah. Ladang ini dikatakan mempunyai  tempat yang strategik yang dapat menarik pengunjung dalam negara mahupun luar Negara untuk mengunjung ke ladang ini. Di antara pengunjung luar yang datang ke ladang ini adalah dari negara Jerman, London, Amerika dan banyak lagi. Selain itu, ladang ini jugak terletak berdekatan dengan Muzium Padi yang terletak kira-kira 2km jarak dari ladang tersebut. Chan Kok Tian juga telah membuat keunikan di Ladang Madu Kelulut ini dengan menghiasi ladang dengan menggunakan barang yang diperbuat dari barang buangan seperti  rumah-rumah kecil berwarna-warni yang merupakan sarang lebah  Kelulut dan dilengkapi dengan maklumat tentang jenis spesis lebah yang berada di Ladang tersebut sebagai panduan dan pengetahuan pengunjung yang hadir. Disini adalah antara keunikan yang berada di Ladang tersebut:-


Lawatan murid Tadika datang ke Ladang Madu Kelulut


Antara spesis Lebah yang terdapat di dalam ladang

Kami diberi peluang merasa setiap jenis madu yang terdapat dalam Ladang ini


Pengusaha memberi penerangan proses pembuatan madu kelulut

PRODUK YANG DIHASILKAN   



Ladang Madu Kelulut ini bukan sahaja mempunyai lebih 50 sarang kelulut, pengusaha ladang tersebut juga telah menyediakan premis untuk jualan madu kelulut dan produk-produk yang berasaskan madu kelulut seperti kopi madu kelulut, sabun madu kelulut, minyak panas propolis kelulut dan sabun badan madu kelulut dengan menggunakan jenama Dukun Jaya.

WAKTU OPERASI

Ladang Madu Kelulut ini dibuka setiap hari isnin hingga khamis pada jam 9.30 pagi sehingga 7 malam. Manakala pada hari jumaat sehingga ahad dan cuti umum dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 7.30 pagi. Masuk adalah percuma.


 

Layari laman Facebook Ladang Madu Kelulut Ori DUKUN JAYA atau hubungi 017-4891019 untuk maklumat lanjut

ENAKNYA!!! KEROPOK LEKOR TOK BENG



   


     Panorama di Bumi Terengganu


Na na na na Ganu kita... Yaaaa semua pernah dengarkan lagu ni? Lagu yang telah dinyanyikan oleh kumpulan Iklim yang menceritakan keunikan Terengganu ini telah menarik hati rakyat Malaysia bagi sesiapa sahaja yang ingin bercuti mahupun bercerita mengenainya.

Seperti yang kita tahu, Terengganu merupakan sebuah negeri yang sinonim dan sangat popular dengan keropok lekor. Sebelum saya melanjutkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), saya tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki di bumi Terengganu. Saya hanya mendengar dari cerita- cerita orang yang negeri tersebut adalah negeri yang tenang dan keenakan keropok lekornya memang tidak dapat di tandingi dengan yang lain.

Pertama kali saya mencuba keropok lekor Terengganu adalah dari kawan saya yang tinggal di asrama. Kakaknya menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketika itu. Dia membawanya sedikit ke asrama untuk dijamah bersama rakan-rakan yang lain. Pertama kali saya mencubanya, saya sudah jatuh hati dengan kesedapannya, kerana keropok lekor yang diperbuat daripada Terengganu ini memang banyak isi ikan berbanding di Selangor yang banyak tepung.


keropok lekor Terengganu

Semenjak daripada itu, saya terus memasang impian kedua saya untuk menyambung pengajian dalam peringkat diploma di Darul Iman selain daripada menyambung kos idaman saya dalam bidang perdagangan antarabangsa. Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana dapat melanjutkan pengajian saya di peringkat diploma di UniSZA.Seronok sangat masa tu, sebab nanti belajar kat sana nak makan keropok Lekor puas-puas!

Kawan- kawan yang berasal daripada Terengganu mengesyorkan kami Keropok Lekor di Bukit Tok Beng (BTB) untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Seperti yang kami sedia maklum, BTB adalah salah satu kedai keropok lekor yang sangat menjadi tumpuan ramai dari penduduk setempat dan juga orang luar. Dan ia telah menjadi perkara wajib bagi saya, setiap kali cuti semester saya akan membeli keropok lekor di Bukit Tok Beng (BTB) ini. Kalau nak rasa yang panas-panas pon ada. Anda boleh order dan makannya di situ. Tetapi jika anda tidak bernasib baik ketika itu, anda terpaksa menunggu giliran untuk menikmati keropok Lekor Tok Beng. Hehehehe








Jadi apa lagi, jom pakat ramai-ramai  datang ke Terengganu untuk menikmati keropok Lekor yang original di kedai keropok lekor Tok Beng  (: tak rugi bohhhhh



Sebahagian gambar yang di ambil dari website BTB Lekor (:



Untuk tambah lagi informasi korang semua mengenai Keropok Lekor Tok Beng ni, saya ada sediakan link di sini. Just click, and you all can see the variety of Lekor from Tok Beng and information about this (:

''Pengalaman Menjadi Sukarelawan Tenaga Pengajar''


29 Mac 2016, Seramai 107 orang pelajar daripada Universiti Utara Malaysia, Kedah menjadi sukarelawan tenaga pengajar dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.  Saya  adalah salah seorang daripada pelajar  yang terpanggil untuk menjadi sukarelawan sebagai tenaga pengajar dalam pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam. Bak kata orang, ilmu hendaklah dikongsi supaya kita mendapat kebaikan dan pahala. Untuk menjadi seorang pendidik bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan perlu ditempuhi untuk menjadi seorang pendidik. Sifat sabar dan tidak cepat putus asa adalah sifat yang perlu disemat di dalam diri seorang guru untuk mengedali murid-murid. Tambahan pula, subjek matematik dan bahasa inggeris adalah suatu subjek yang teras dan sangat penting di dunia serba maju ini. Oleh sebab itu, saya menyahut cabaran ini untuk membantu adik-adik di Sekolah Bandar Bukit Kayu Hitam ini menjadi lebih cemerlang dan memudahkan guru-guru mereka mengajar. Mungkin cara mendekati beliau dengan lebih dekat dapat lebih mudah untuk bertanya soalan dan lebih cepat memahami. Oleh itu, saya akan menceritakan aktiviti dan pengalaman yang kami dapat semasa mengendali aktiviti sukarelawan di sekolah ini.

Kami bertolak daripada Universiti dalam jam 2.30 petang  dan sampai pada jam 3 petang. Kami diberi sambutan yang memberangsangkan oleh murid dan cikgu- cikgu yang berada di sekolah tersebut.  Pada mulanya perasaan gementar wujud dalam diri tetapi telah diubati dengan melihat gelagat adik-adik UPSR sekolah tersebut yang begitu gembira dengan kedatangan kami.  Kami memulakan aktiviti kami dengan memperkenalkan diri fasi seorang demi seorang. Selepas itu, kami menceriakan hari adaik-adik UPSR ini dengan ‘’Flash Mob” iaitu menari sambil mengikut rentak muzik tersebut. 5 daripada kami berada di pentas dan selebihnya berada dikeliling adik-adik.


Setelah selasai, adik-adik dibahagikan kepada 10 kumpulan yang akan belajar matematik dan 11 kumplan untuk murid yang belajar bahasa Inggeris. Setiap kumpulan mempunyai 4 atau 5 orang murid yang bercampur jantina dan tahap akedamiknya. Kumpulan saya berkumpul suatu tempat dan mula memperkenalkan diri masing dan menyesuaikan diri untuk melahirkan rasa selesa tanpa merasa jarak antara saya dengan mereka. Antara soalan pertama yang saya betanyakan kepada mereka adalah subjek apa yang mereka gemar. Kebanyakkan darpada mereka menggemari matematik dan mempunyai cita-cita yang tinggi seperti cikgu,doktor dan pegawai bomba.
Semasa dalam proses pembelajaran saya memberi 2 helai kertas iaitu sehelai berisi 3 soalan yang perlu adik-adik jawab manakala sehelai lagi adalah kertas kosong untuk mereka mengisi jawapan mereka. Dari sini kita dapat melihat sejauh mana kefahaman mereka tentang teknik menjawab matematik seperti darab, bahagi, tmbah dan tolak. Memang terdapat perbezaan terhadap kefahaman mereka. Setengah daripada meraka sangat cekap dengan darab dan bahagi. Manakala setengah daripada meraka kurang memahami atau kurang cekap.  Oleh itu, saya menggunakan alternatif dengan teknik ‘’kawan bantu kawan’’. Oleh itu, murid yang lebih memahami akan mengajar dan mendekati kawan-kawan mereka yang kurang faham. Dengan itu, mereka yang kurang faham akan merasa tidak ketinggalan dengan pembelajaran yang dijalan seperti belajar dibilik darjah. Murid yang lebih mempunyai lebih kefaham akan lebih cepat untuk menerima pembelajaran yang di ajar ini akan lebih yakin dengan diri mereka dan merasa gembira dapat membantu kawan-kawan yang memerlukan. Secara tidak langsung dapat mengeratkan siraturrahim yang erat sesama mereka.

Kesimpulanya, walaupun terdapat jarak perbezaan diantara tahap kefahaman akademik meraka tetapi perasaan yang ingin belajar boleh dilihat dari semangat dan tingkah laku yang mereka tunjukkan semasa belajar. Namun saya tidak akan putus asa untu mengajar mereka sehingga berjaya dan mencapai segala cita-cita mereka suatu hari nanti. Semoga Berjaya adik-adik di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam.











Tempat Menarik Di Sabah..

Apabila hendak melancong ke Sabah.. Kita akan secara automatik terfikir tentang Gunung Kinabalu..
Gunung kinabalu merupakan tempat menarik yang paling utama di Sabah dan merupakan puncak tertinggi di Malaysia. ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. Ia menjadi kemegahan setiap penduduk di Sabah. Gunung Kinabalu menjadi semangat juang dan dan satu padu rakyat Sabah.



Gunung Kinabalu memounyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu terhasil daripada pertembungan lotosfera Laut China Selatan dan litofera yang membentuk kepulauan Borneo. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi aiitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun menyebabkan paras Gunung Kinablu hanya tinggal 4,095 meter.




Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Kundasang


Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti di Luar Negara. Ia adalah sebuah kawasan menghijau yang dingan lagi cantik. Lokasi ladang yang sangat sesuai untuk pembiakan lembu kerana mempunyai udara yang segar, bersih dan sejuk. Daripada Desa Cattle Farm ini akan jelas kelihatan Gunung Kinabalu.


Lembu-lembu yang terdapat di Desa Cattle Farm adalah dari jenis Friesians. Lembu-lembu dijagka dapat menghasilkan susu secara purata 14 liter sehari untuk seekor lembu. Apabila berkunjung di Desa Cattle Farm ini, anda bukan sekadar dapat melihat permandangan yang indah dan cantik tetapi juga berpeluang menikmati pelbagai jenis susu segar dan aiskrim yang sedap, buatan orang tempatan.
pengunjung dapat merasai susu segar, aiskrim, waffle, yogurt, susu berperisa dan sebagainya.. pengunjung juga berpeluang untuk melihat proses pemerahan susu yang dilakukan di ladang tersebut. pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan dan susu kepada lembu-lembu tersebut.

Di sini saya sertakan link untuk anda semua rujuk untuk melancong ke sabah..



FLY KE SEOUL, KOREA!!

Assalamualaikum:)

Jangan percaya dengan tajuk entry di atas ni ye..Ini amaran yang agak keras dan tegas! Haha Ingat 
senang ke nak pergi Seoul, Korea?? Pengsan lima hari 5 malam tanpa sedar belum tentu dapat 
jejakkan kaki ke sana hahahah
Namun hati lara dapat diubati kerana aku dapat jugak pergi ke Seoul, Korea! Haha tapi tempat tu 
nama penuhnya ialah Seoul Garden Restauran laa ye..
Hancur diet kihkih

Apa itu Seoul Garden? Seoul adalah sebuah restoran dengan konsep ala-ala Korea yang jelas pada namanya yang menggunakan nama bandar di Korea. Di sini, makanan 
disediakan dengan stail bufet. Bahan mentah yang sudah diperap dan yang sudah dimasak disusun di kaunter panjang. Pelanggan boleh pilih apa sahaja, bakar sendiri dan makan. Boleh sangat kalau 
setakat nak fefilling dok Korea tu hehe.

Ceritanya nak bercerita tentang aku yang first time pergi ke Pulau Pinang ! haha tapi ad tujuannya 
iaitu melawat kakak aku yang sudah tamat pengajian di USM (Universiti Sains Malaysia). So, aku 
datang ke sana untuk jemput dia pulang ke rumah anak manja la katakana haha. 
Maklumlah pelajar yang dah tamat pengajian mestilah banyak barang-barang yang kena bawak balik kan. So, alang-alang dah sampi sana kakak aku bawalah berjalan-jalan di Quennsbay Mall yakni tempat dimana terletaknya Restauran Seoul Garden untuk menikmati suasana Korea la katakan..

Macam mana harganya? Sekepala dikenakan bayaran sebanyak RM35 dan memandangkan kami 
masih sah bergelar student yang pada masa itu belum bergraduate, jadi kami menggunakan 
‘student card’ atau matrik kad  untuk mendapatkan harga istimewa berbanding harga biasa.

Ini bahagian sayur-sayuran. Macam-macam jenis sayuran ada.


Ini pula ada pelbagai jenis daging, ikan, sotong, udang, kerang dan lain-lain yang siap perap. Seriusly kalau nak makan sini tak payah la ambil segala meatball tu sebabnya 
mudah nak cari kat mana-mana..bagus pilih yang ala-ala korea untuk penuhkan perut anda nyum nyum nyum..



Separuh jalan..masih berbaki lagi separuh untuk penuhkan bahagian perut yang kosong hehe. Kami akan dan meluangkan masa bersama-sama hampir 3 jam di Seoul Garden kemudian berjalan-jalan di sekitar mall untuk kurangkan kalori selepas makan haha

Akhir kata, disini ingin aku cadangkan sesiapa yang nak merasa makanan ala-ala korea gitu boleh la bawa family dan kawan-kawan makan di Seoul Garden Malaysia. Seoul Garden Malaysia ada banyak cawangannya haa bolehlaa survey dulu sebelum decide nak pergi tu. Servis dan harga yang ditawarkan memang berpatutan 
dan sangat memuaskan rugi kalau tak datang hehe :) Sekian.



Wednesday, 30 March 2016

Pengenalan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Blog ini direka untuk subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan (STID 1103) bagi :





NURUL NADIAH BINTI ZAKARIA
IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM KEPUJIAN
242928
nadya.zakaria@yahoo.com
017-4048302



SYARIFAH NADIAH BINTI SYED ABDILLAH
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN 242817
nadiahabdillah@gmail.com
019-9271294



NUR DALILA BINTI MOHD NAWAWI
IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
243194
dalila2208@yahoo.com
017-6265622


ASILAH NAJAT BINTI SABAR
SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN) DENGAN KEPUJIAN
242990
asilahtulip@gmail.com
013-2575776