Dapo pata? Kalau orang Terengganu mesti expert kan nak sebut haha .Bahasa senang nak faham, dapo pata ni ialah dapur pantai. Bagi yang belum mengetahui Dapo Pata atau Uptown Kontena ini
bertempat berhampiran dengan UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan UMT (Universiti
Malaysia Terengganu) atau lebih spesifiknya di kawasan pesisiran lagun Kampung Pantai, Tok
Jembal, Gong Badak, Terengganu. Waktu beroperasinya bermula jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari.
Apa yang menarik?
Kalau yang biasa pergi uptown tu pasti merasai pengalaman sesak nafas, panas, berlaga bahu dan
banyak lagi kan, tapi dekat Dapo Pata ni jangan risau sebab lokasinya di tepi pantai yang sangat
nyaman dan sejuk bayu laut gituu..Berkonsepkan santai, ianya menjadi tumpuan kepada pengunjung
tanpa mengira peringkat usia. Walaupun baru dibuka pada 12 Februari lalu sambutan pengunjung
yang begitu menggalakan dan begitu memeranjatkan pengusahanya.
Ni baru fasa 1 !!
Tak kira siang atau malam pasti korang akan teruja dengan suasana uptown yang unik ni. Kenapa
unik? Haa sebabnya dengan 1.6 hektar kawasan baru digunakan untuk fasa pertama ini menempatkan 22biji kontena bersaiz enam meter dan hanya menyediakan makanan dan minuman. Memandangkan Uptown Kontena Dapo Pata ini baru lagi dibuka, so, jangan expect semua yang terdapat dekat sana
sudah perfect okey. Bila sampai dekat sana, macam kagum jugak dengan usaha-usaha diorang mewujudkan tempat makan hispter yang bagi aku lain daripada
yang lain ini. Konsep makan terbuka dan tempat penyediaan makan je dalam kontena. Bukan korang pun turut makan dalam kontena sekali ye. Dan setiap kedai dekat sana mengamalkan konsep
layan diri.
Pelbagai Pilihan Makanan di Uptown Kontena
Kalau korang nak datang ke sini, make sure bawa cash siap-siap dan bawa banyak sikit okey. Confirm nanti korang nak rasa segala makanan yang ada kan.
Makan satu jenis makanan je mana cukup sebab portion pun comel-comel je semua but harga masih berpatutan lah. Kata nak support local product kan? Hehe
Antara makanan yang dijual di sana ialah churros, waffle, nasi lemak, sizzling, nugget & fries,
lempeng, takoyaki, meatball, popia goreng, soto, nasi air etc ,waffle, kebab dan coffee. Makanan
dekat sana sedap ke tak? Boleh bagi rate 3/5 untuk setiap makanan dekat sana. Tapi ada jugak yang
rate 4/5 macam Churros dia best. Paling win, dia punya dekorasi kedai untuk setiap kontena yang
berkonsep hipster itu. Rasanya semua pengunjung dekat sana suka lah. Boleh nampak la masing-masing sibuk duk bergarmbar dan selfie lagi daripada menikmati makanan. Boleh bagi 5 bintang la
untuk dekorasi kedai diorang. Lagi-lagi bila waktu malam. Diorang pasang lampu kan. Cantik sangat .
Info Lanjut Mengenai Uptown Kontena
· Toilet Disediakan.
· Surau juga Disediakan (tapi belum siap sepenuhnya).
· Make sure parking dekat tempat yang selamat okey. Sebabnya ada jugak kereta kereta
pengunjung stuck dalam pasir.
· Still banyak kontena yang belum beroperasi. Maybe bila semua sekali beroperasi, lagi banyak
pilihan makanan dekat sana kot! Wah tak sabarnya!! Harap-harap lepas ni ada western food
dan makanan panas pulak ke haha.
Korang yang datang melancong di Terengganu, jangan lupa singgahlah juga di Uptown Kontena
okey! Untuk mengikuti perkembangan aktiviti, makanan yang dijual atau apa-apa
saja mengenai Uptown Kontena, korang boleh follow laman sosial diorang. Khabarnya diorang
sedang mencari mereka yang mempunyai bakat dalam street performer, musician, pelukis, pemain
api, pemain ular, magician, balloon artist dan banyak lagi.. Pergi la cuba nasib kalau anda berbakat!
Facebook :
Instagram :
No comments:
Post a Comment