25 Mac 2016, saya telah pergi melawat ke Ladang Madu Kelulut yang terletak di Alor Janggus, Kedah. Ladang madu kelulut oriadalah pemilik usahawan muda yang berbangsa cina iaitu Encik Chuan Kok Thian dan berumur 30 tahun. Beliau mendapat idea untuk membuka Ladang Kelulut ini disebabkan faktor minat yang mendalam dalam pertenakan lebah dan jugak kesedaran orang ramai tentang khasiat madu kelulut ini sendiri. Oleh itu pemuda ini bertekad untuk membuka Ladang Madu kelulut ini pada 24 Julai 2014 di Kampung Lalang Alor Janggus, Kedah. Ladang ini dikatakan mempunyai tempat yang strategik yang dapat menarik pengunjung dalam negara mahupun luar Negara untuk mengunjung ke ladang ini. Di antara pengunjung luar yang datang ke ladang ini adalah dari negara Jerman, London, Amerika dan banyak lagi. Selain itu, ladang ini jugak terletak berdekatan dengan Muzium Padi yang terletak kira-kira 2km jarak dari ladang tersebut. Chan Kok Tian juga telah membuat keunikan di Ladang Madu Kelulut ini dengan menghiasi ladang dengan menggunakan barang yang diperbuat dari barang buangan seperti rumah-rumah kecil berwarna-warni yang merupakan sarang lebah Kelulut dan dilengkapi dengan maklumat tentang jenis spesis lebah yang berada di Ladang tersebut sebagai panduan dan pengetahuan pengunjung yang hadir. Disini adalah antara keunikan yang berada di Ladang tersebut:-
|
|
|
Lawatan murid Tadika datang ke Ladang Madu Kelulut |
|
Antara spesis Lebah yang terdapat di dalam ladang |
|
Kami diberi peluang merasa setiap jenis madu yang terdapat dalam Ladang ini
|
|
Pengusaha memberi penerangan proses pembuatan madu kelulut
|
PRODUK YANG DIHASILKAN
Ladang Madu Kelulut ini bukan sahaja mempunyai lebih 50 sarang kelulut, pengusaha ladang tersebut juga telah menyediakan premis untuk jualan madu kelulut dan produk-produk yang berasaskan madu kelulut seperti kopi madu kelulut, sabun madu kelulut, minyak panas propolis kelulut dan sabun badan madu kelulut dengan menggunakan jenama Dukun Jaya.
WAKTU OPERASI
Ladang Madu Kelulut ini dibuka setiap hari isnin hingga khamis pada jam 9.30 pagi sehingga 7 malam. Manakala pada hari jumaat sehingga ahad dan cuti umum dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 7.30 pagi. Masuk adalah percuma.
No comments:
Post a Comment