Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama? Kerjasama adalah sikap saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Jika adanya semangat sentiasa bekerjasama, maka pekerjaan yang dirasakan berat akan menjadi ringan. Seperti kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kerjasama dalam kehidupan sangatlah penting peranannya. Hal ini kerana, manusia adalah makhluk yang sentiasa memerlukan di antara satu sama lain yang membawa kepada manusia tidak betah untuk hidup sendirian.
Selain itu, setiap manusia di muka bumi ini mempunyai kekurangan dan kelebihan. Kelebihan yang kita miliki dapat digunakan untuk membantu orang lain, sebaliknya, kekurangan yang kita miliki dapat kita kurangkan dengan meminta bantuan orang lain.
Di bawah ini, saya ada menyediakan sebuah video yang sangat sesuai di tonton oleh semua orang. Video yang membawa mesej sebenar kepada kita semua. Di mana sikap suka bantu-membantu ini, tidak semestinya dibalas dengan wang ringgit, cukup hanya mendatangkan kesenangan kepada orang lain dan si pelakunya.
No comments:
Post a Comment