Thursday, 31 March 2016

ENAKNYA!!! KEROPOK LEKOR TOK BENG



   


     Panorama di Bumi Terengganu


Na na na na Ganu kita... Yaaaa semua pernah dengarkan lagu ni? Lagu yang telah dinyanyikan oleh kumpulan Iklim yang menceritakan keunikan Terengganu ini telah menarik hati rakyat Malaysia bagi sesiapa sahaja yang ingin bercuti mahupun bercerita mengenainya.

Seperti yang kita tahu, Terengganu merupakan sebuah negeri yang sinonim dan sangat popular dengan keropok lekor. Sebelum saya melanjutkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), saya tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki di bumi Terengganu. Saya hanya mendengar dari cerita- cerita orang yang negeri tersebut adalah negeri yang tenang dan keenakan keropok lekornya memang tidak dapat di tandingi dengan yang lain.

Pertama kali saya mencuba keropok lekor Terengganu adalah dari kawan saya yang tinggal di asrama. Kakaknya menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketika itu. Dia membawanya sedikit ke asrama untuk dijamah bersama rakan-rakan yang lain. Pertama kali saya mencubanya, saya sudah jatuh hati dengan kesedapannya, kerana keropok lekor yang diperbuat daripada Terengganu ini memang banyak isi ikan berbanding di Selangor yang banyak tepung.


keropok lekor Terengganu

Semenjak daripada itu, saya terus memasang impian kedua saya untuk menyambung pengajian dalam peringkat diploma di Darul Iman selain daripada menyambung kos idaman saya dalam bidang perdagangan antarabangsa. Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana dapat melanjutkan pengajian saya di peringkat diploma di UniSZA.Seronok sangat masa tu, sebab nanti belajar kat sana nak makan keropok Lekor puas-puas!

Kawan- kawan yang berasal daripada Terengganu mengesyorkan kami Keropok Lekor di Bukit Tok Beng (BTB) untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Seperti yang kami sedia maklum, BTB adalah salah satu kedai keropok lekor yang sangat menjadi tumpuan ramai dari penduduk setempat dan juga orang luar. Dan ia telah menjadi perkara wajib bagi saya, setiap kali cuti semester saya akan membeli keropok lekor di Bukit Tok Beng (BTB) ini. Kalau nak rasa yang panas-panas pon ada. Anda boleh order dan makannya di situ. Tetapi jika anda tidak bernasib baik ketika itu, anda terpaksa menunggu giliran untuk menikmati keropok Lekor Tok Beng. Hehehehe








Jadi apa lagi, jom pakat ramai-ramai  datang ke Terengganu untuk menikmati keropok Lekor yang original di kedai keropok lekor Tok Beng  (: tak rugi bohhhhh



Sebahagian gambar yang di ambil dari website BTB Lekor (:



Untuk tambah lagi informasi korang semua mengenai Keropok Lekor Tok Beng ni, saya ada sediakan link di sini. Just click, and you all can see the variety of Lekor from Tok Beng and information about this (:

No comments:

Post a Comment